Sunday, 28 July 2013

Grilled Black Pepper Lamb

Jumaat baru-baru ni ajak adik-adik berbuka kat rumah. Mula-mula nak masak briyani tapi hubby prefer makan nasi putih sebab lagi sesuai makan dgn grilled lamb katanya. Ikutkan jelaa...
Kalau malas ku beli aje yang dah siap marinate kat kedai.. Tapi kali ni rajin sikit sebab Jumaat cuti Nuzul Quran. Grilled lamb ni saya gandingkan dengan Tomyam Putih dan desert Oreo Cheese Cake (resepi next entry). Meh kita kongsi resepi grilled lamb dulu.. resepi ni saya refer kat blog lina pg. Saya kongsi ye lina pg :)

Sumber: lina pg
Bahan-Bahan:

4 keping lamb ~ saya guna 6 keping
1/2 kiub ayam
2 sudu besar sos tiram ~ saya ganti dengam black pepper sos brand ITA
2 sudu besar kicap manis (lina pg gn kicap mee) ~ saya skip
3 ulas bawang putih (tumbuk kasar)
1cm halia(tumbuk kasar)
Lada hitam, lada sulah, rosemery, tyme, oregano, mixed herbs
Sedikit olive oil


Cara-caranya..:
  1. Bersihkan lamb dan toskan.
  2. Ketuk-ketukkan daging supaya daging tak liat, yang terbaiknya guna tenderlizer tapi saya gunaje alu lesung. hehe.. nak guna hammer kang macam nak bertukang pulak.
  3. Lumurkan lamb dengan kiub ayam
  4. Kemudian lumurkan lamb dengan semua herbs (Lada hitam, lada sulah, rosemery, tyme, oregano, mixed herbs) 
  5. Gaulkan dengan black pepper sauce.
  6. Akhir sekali gaulkan dengan bahan tumbuk.
  7. Letakkan sedikit olive oil supaya moist gitu..
  8. Perapkan marinated lamb minimum 1 jam ye tuan/puan
  9. Lepas sejam, bakar lamb guna pan or apa2 yang ada kat dapur untuk membakar. Yang ni saya guna pemanggang ajaib yang sungguh ajaib, masak tak lama, daging pun tak liat n moist jer...
pssstttt...lamb ni saya makan ngan sos resepi belasah, tapi husband n adik beradik ipar duai suke! seronok.. nantila kita kongsi yer...

Cau cin cau


h@ni leey@


Friday, 19 July 2013

Permohonan ke UiTM Berjaya.. Syukur! What's next?


Ahamdulillah.. hari ni dapat notification dari UiTM yang application aku berjaya. Syukur padamu Ya Allah.. Memang agak cuak sebab aku apply UiTM satu je, memang tak ada backup langsung. Sekarang jugak aku download offer letter.. mmg beria :)

Dah dapat offer letter universiti.. So, next step (A+B)


A. Persediaan pendaftaran univerisiti (24 Ogos 2013)

Untuk pendaftaran di UiTM Shah Alam aku kena sediakan beberapa dokumen:
  1. Letter of Offer (3 copies)
  2. Health Examination Report (Click Here)
  3. Bill of Academic Fees (3 copies)
  4. Student’s Pledge (3 copies) (Click Here)
  5. UiPS Membership (Click Here)
  6. Identification Card (I/C) (Certified true copy) (2 copies)
  7. Master / Bachelor Degree Certificate (Certified true copy) (2 copies)
  8. Academic Transcripts (Certified true copy) (2 copies)
  9. ORIGINAL Identification Card (I/C)
  10. ORIGINAL Master / Bachelor Degree Certificate
  11. ORIGINAL Academic Transcripts

B. Dapatkan Surat Tawaran Tetap Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) dari JPA

Surat tawaran tetap ni adalah proof yang aku dapat sponsor JPA. Yang ni kena submit ke Bendahari universiti. Kang tak pasal-pasal aku kena bayar sendiri. Nangis :((

Sebelum ni JPA hanya keluarkan surat tawaran sementara. Dah dapat unconditional letter dari univerisiti baru boleh dapat Surat Tawaran Tetap HLP. Tapi kena submit dokumen juga:
  1. Borang Maklumat Diri Pegawai yang dapat HLP tu (3 salinan)
  2. 2 keping gambar
  3. Surat Tawaran Tetap Universiti ~ yang baru dapat ni
  4. Kalendar Akademik Universiti ~ print aje dari website fakulti
  5. Senarai Mata Pelajaran Penuh ~ course yang kita amik, jgn amik course org lain pulak
  6. Salinan Laporan Kesihatan ~ Kalau local uni boleh guna borang uni je, tapi kalau oversea wajib guna borang JPA
*Senarai kat atas kalau apply local uni, oversea ada tambahan macam salinan sijil kahwin, surat beranak atas dan sebagainya. 


Selepas hantar Item 1-6, tunggu dalam tempoh 7 hari bekerja, JPA akan notify kita untuk download Dokumen Perjanjian HLP di website http://esilav2.jpa.gov.my/.

Next step ialah item ke-7 untuk dapatkan Surat Tawaran Tetap HLP...
  1. Isi Dokumen Perjanjian HLP (3 salinan) ~ matikan stem di Kaunter Hasil macam kat bawah ni then hantar ke JPA terus boleh dapat Surat Tawaran Tetap HLP :)