Friday, 23 August 2013

Road Tax oh Road Tax ~ Siapa Salah, myEG atau Etiqa

Ni adalah cerita menyayat hati pada minggu lepas. Saya selalunya renew road tax melalui myEG, memang senang je. Kadang2 renew road tax pagi boleh dapat petang. Hebat tak??? Memang mudah, kata kat hujung jari kan.. Sesiapa nak guna myEG boleh layari https://www.myeg.com.my/

Tapi nak dijadikan cerita, saya tersalah tengok tarikh mati road tax. Masa saya tengok tu 17hb, road tax aku mati 17 Ogos 2013. Saya releks lagi sebab weekend tak pakai kereta. Isnin pagi2 ku pun renew road tax dengan harapan petang isnin dapat.. Sebelum renew road tax kenala renew insurans dulu, betul tak? So, dengan confidentnye renew insurance, ambil je previous insurance, tak payah nak fikir pasal NCD apa bagai, memang akan auto detect. Tapi jeng jeng jeng kali ni sistem ada error, macam tak detect pulak NCD. Bila call myeg rupa2nye saya kena tekan button submit tu 3 kali baru boleh proceed. La pulak?? Ade jugak macam tu, tak ada tulis pun. Ingat nak suruh user teka ke,jadi nujum pak belalang lagi aku..

Dah settle renew insurance saya pun terus renew roadtax pulak. Bila nak submit tu, sistem kata kereta saya belum ada insurans.. Adoyai, hangin juga rasenya. Habis duit membayar insurans sebab NCD dah jadi 0 sebab baru buat claim, sekali kata belum ada insurans. Lagi sekali call myEG, dia kata sistem perlu masa, tak boleh renew road tax terus. Ingat saya ni first time guna myEG kot? Tak pernah pun camtu, kalau ada dah lama mak tak pakai myEG.

Seharian ku tunggu myEG update sistem tapi still tak dapat renew road tax. Ni nak kerja cepat jadi lagi lambat.. Bila call Takaful Etiqa tanya apa masalah dengan insurans saya, dia kata maybe salah no engine or no chasis. Tapi bila check kat geran semua dah betul. Takaful Etiqa punye hotline memang sangat sedih, nak nangis tunggu orang pick up dan hantar pada orang yang betul. myEG pula cadangkan saya renew road tax di JPJ sahaja. waaaa.. Masa ni barula saya tahu JPJ yang terdekat adalah cawangan Bangi, saya ingat nak kena pergi Padang Jawa dah. Alhamdulillah at least Bangi, tak jauh sangat.

Sesampai sahaja di JPJ Bangi, saya nampak ada satu mesin ajaib.. Lega sekejap, x payah menunggu lama. Mesin ni macam kiosk boleh renew road tax, insurans, check status road tax, insurans, lesen dsb. Siap ada slot masuk credit card dan IC lagi. Ni mesinnya. 




Tapi yang sedihnye saya gagal renew road tax guna mesin tu. Okla, think positive lagi, gigihla saya tnggu giliran yang le 4000..hehe Dipendekkan cerita selepas 2 hari berturut2 saya ke JPJ baru berjaya renew road tax. Dalam kes saya ni bukan salah JPJ. Saya dah lama puji JPJ, orangnye ramai dari pelbagai background tp saya tengok diorang ni mesra alam la. Walaupun saya dalam keadaan hangin, tapi tengok staff JPJ yang ceria, senyum, lega rasenye.

Daripada cerita yang panjang ni, masalah saya adalah pada polisi insurans saya. Tiada siapa baik Takaful etiqa atau myEG yang dapat predict masalah saya ni. Saya pula yang jadi nujum pak belalang selepas buat research sendiri. Rupanya2 polisi insurans tidak boleh backdate, tetapi menggunakan myEG sistem membenarkan tarikh polisi dibackdate disebabkan sistem tidak auto check tarikh mati polisi yang sebelumnya dan sistem nak senang cerita ambil default date adalah tarikh user renew policy. Adakah?????

Selepas saya beritahu Takaful Etiqa hasil tilikan saya, dia dengan tanpa rasa bersalah kata saya pasti itu masalah puan.. ish ish ish.. ayoyoyo 

At last aku berjaya renew road tax selepas 5 hari.. Patut dapat hari yang sama dah jadi 5 hari :(( Alhamdulillah saya tak kena tahan dengan JPJ masa bawak kereta road tax mati... huhu..




p/s: Moral of the story ~ Sila renew road tax awal2 walaupun perkhidmatan di hujung jari anda!

Cau cin cau


h@ni leey@

3 comments:

  1. tuan bukak la branch kt equine park/bukit jalil/sg besi/sri petaling kebykan mesin cetak tu kt puchong je..shah alam..KL ssh nk cari...hehehe...

    ReplyDelete
  2. Lengkap betul maklumat, memang tak boleh backdate kalau tak roadtax tak kuar

    http://www.insuranskereta.my

    ReplyDelete
  3. Lengkap betul maklumat, memang tak boleh backdate kalau tak roadtax tak kuar

    http://www.insuranskereta.my

    ReplyDelete