Saturday, 31 August 2013

Cara Mengatasi Sinki (double sink) Tersumbat

Minggu ni rasa malas betul nak masak. Sinki dapur tersumbat, rimas betul. Nak membasuh tangan pun susah, inikan pula nak membasuh pinggan mangkuk. Kami suami isteri cuba macam2 cara nak 'clear'kan sinki ni. Antaranya:


Pelocok [Sumber]

Drain Auger [Sumber]
Kami ada juga guna air panas, coke, cuka tapi tak menjadi. Suami saya dah terjun masuk dalam lubang untuk jolok paip dengan drain cleaner tapi tak juga berjaya. Agaknya kronik juga masalah paip tersumbat kami ni. 

Biasanya kalau sinki ada perangkap senang je. Tapi sinki kami ni macam ni.



So, kami buat appointment dengan plumber hari Sabtu. Kami tunggu punya tunggu plumber tak juga muncul2..Akhirnya saya tekad, memang kena buat sendiri. Berbekalkan bacaan daripada internet, saya pun memulakan eksperimen. Selepas setengah jam sahaja dah berjaya. Yahooo!!! Alhamdulillah, selamat duit kami... 

So saya nak share tips macam mana caranya nak mengatasi sinki tersumbat terutamanya 'double sink' macam saya.

Bahan-bahannya:
  • Pelocok
  • Air paip
  • Air panas
  • 1 cawan Cuka
  • 1 cawan Baking Soda
Cara-Cara Membuatnya
  1. Yang paling penting, pertama sekali untuk double sink salah satu lubang sinki perlu ditutup. Saya gunakan lesung untuk tutup sinki yang lagi satu. Ni adalah kesilapan terbesar saya sebelum ni, sebab saya memang tak pernah tahu kena lubang sinki yang satu lagi =)
  2. Selepas tu buka paip dan penuhkan separuh sinki yang ingin dilocokkan (betul ke ni?) dengan air. Kalau air tak cukup, sedutan pelocok tidak akan cukup kuat sebab ruang dalam pelocok berisi angin.
  3. Mulakan menggunakan pelocok dengan tekanan yang kuat sehingga ada tanda2 air mula keluar.
  4. Lepas tu, cuba tuangkan baking soda diikuti dengan cuka. Tunggu dalam 10 ke 15 minit. Kaedah ni saya belajar daripada cerita The Pirates, tak sangka pula menjadi..
  5. Kalau air dah clear sikit, tuang air panas yang baru masak ke dalam lubang sinki untuk larutkan kotoran seperti lemak2 ayam, minyak, susu masam di dinding paip. Ni memang saya akui walaupun saya tak pernah buang direct ke dalam lubang sinki (sebab saya tapis), tapi benda2 ni tak sepatutnya dibuang ke dalam lubang sinki. Kotoran2 inilah yang menyempitkan lubang sinki yang menyebabkan sinki tersumbat.
Selamat Mencuba!!

Cau Cin Cau

h@ni leey@

0 comments:

Post a Comment