Friday, 31 May 2013

Recce Swimming Class Untuk Maira

Kesian Umairah... bangun pagi tadi terus bagitau mommy nak pegi swimming atau jogging weekend ni. Apa agaknya yang dia mimpi. Memang dah lama sangat tak buat aktiviti hujung minggu. Papa n mommy memang sibuk sikit since Disember tahun lepas. Setiap sabtu ke Darul Amnan tinggal budak2 ni, Ahad aktiviti mengemas, memasak dan berehat.

Swimming memang lama sangat tak pegi. Maira memang enjoy swimming. Kesian dia. Agaknya swimming suit pun dah tak muat kot. Kena beli yang baru. Ulya memang langsung tak pernah swimming sebab since Ulya lahir tak pernah pegi. Memang 'wajib' kena pegi weekend ni, Sabtu tak boleh ada kelas kat Darul Amnan. Maybe Ahad pagi boleh, kalau tak kecil hati pulak maira.

Actually tengah recce swimming class untuk Maira. Setakat ni ada 3 swimming class (kanak-kanak) yang menepati kriteria aku; mesti di lokasi berdekatan ie. Putrajaya.


1. http://jomrenang.com/2013/04/kelas-renang-kanak-kanak/



Hari
Sabtu
Ahad
(Pakej Baru)
Masa
8.30 pagi – 9.30 pagi
3 petang – 4 petang
(Pakej Baru)
3 petang – 4 petang
Tempat
Pusat Sukan Air Presint 6, Putrajaya
Pusat Maritim Presint 5, Putrajaya.
Pusat Maritim Presint 5, Putrajaya.
Yuran
RM100 / 4 sesi
(Tidak Termasuk bayaran masuk kolam)
RM120 / 4 sesi
(Termasuk bayaran masuk kolam)
RM120 / 4 sesi
(Termasuk bayaran masuk kolam)

* yang ni bagusnya sebab free trial (kelas percubaan). Bagi saya trial perlu untuk kanak-kanak sbb ada sesetengah budak belum bersedia, ibu je yang beria-ria :)


2. http://www.ezi2swim.com/kelas-renang-kanak-kanak/


Hari
Sabtu
Ahad
(Pakej Baru)
Masa
8.30 pagi
11.30 pagi, 3 petang, 4 petang
3 petang, 4 petang
Tempat
Club House Bkt Mahkota
Kompleks Kejiranan Presint 16, Putrajaya
Kompleks Kejiranan Presint 16, Putrajaya
Yuran
RM80 sebulan + RM20 pendaftaran (bln pertama sahaja)



 
3. http://mykite2u.webs.com/swimming.htm#649565610

Hari
Sabtu
Ahad

Masa
1 petang / 2 petang
9 pagi/ 10 pagi/ 1 petang/ 2 petang
Tempat
Indoor Pool of Maritime Centre, Precinct 6, Putrajaya
(next to Pullman Hotel & near PICC)
Yuran
RM100 sebulan (4 kelas)
Tempoh
4-6 bulan (bergantung kepada keupayaan kanak-kanak)

Kena submit proposal dulu kat hubby. Tapi masa sekarang mungkin belum mengizinkan sebab weekend full.. Next year insya Allah... Sabar ye maira..


Cau cin cau


h@ni leey@

0 comments:

Post a Comment