Saturday, 1 June 2013

Akhirnya Tercapai Hajat Nak Swimming... hoorey

Ingat tak last entry saya cerita budak-budak kemaruk nak pegi swimming.. Alhamdulillah, berjaya menyelitkan event tu.. Memang puas hati. Kami gerak dari rumah pukul 9 pagi menuju ke Pusat Sukan Air/Akuatik Presint 6 Putrajaya.. Biasa pool tutup pukul 11, just nice masa untuk budak2 lepas gian. Kalau awal bahaye, sebab budak2 ni sure takkan naik sampai pool tutup.

Dalam banyak-banyak pool yang ada di Putrajaya saya paling suka Pusat Sukan Air/Akuatik Presint 6 sebab:

  1. Paling dekat dengan rumah
  2. Pool dewasa olimpic size (1.5 - 2 m x 50 m) tau! husband saya kata tak puas swimming tempat lain.. berlagak!
  3. Tak crowded, bersih..
  4. Kids pool ada 2; yang paling cetek sampai betis dan satu lagi dalam 0.8m. So budak tak takut esp. first timer.

Sesiapa yang nak pegi sini kena ikut masa yang telah ditetapkan yer:


SESI
MASA
Sesi 1
9.00 pagi
-
1.00 pagi
Sesi 2
1.00 petang
-
3.00 petang
Sesi 3
5.00 petang
-
7.00 malam
Sesi 4
8.00 malam
-
10.00 malam


Sesi wanita: 

SESI
MASA
Selasa
5.00 petang
-
7.00 malam
Khamis
5.00 petang
-
7.00 malam



Tengokla betapa happy nye budak2 ni.. ni la pool yg sampai betis. baby pun boleh golek2 kat sini :)



Si adik, ulya dah dapat pakai kakak punyer swimsuit. Kakak punye beli baru.. punye lama tak pakai, dah besar rupanya budak ni..





Kena jadikan aktiviti tetap maybe twice a month.. Insya Allah..


Cau cin cau


h@ni leey@

0 comments:

Post a Comment