Sunday, 25 August 2013

Post Graduate Registration Day @ UiTM Shah Alam

Hari sabtu baru-baru ni saya ade Post Graduate Registration Day di UiTM Shah Alam. Kononnye nak keluar awal sebab 11.30 pagi ada tahlil arwah wan saya kat Gombak.. Post Graduate Registration Day tu bermula jam 9 pagi di Dewan Agong Tuanku Canselor (DATC).

Tapi bila sampai dalam 9.30 pagi tu dah ramai orang. Parking yang dekat semua dah full. Agak jauh jugak kitorang menapak ke DATC. Nasib dah breakfast.. Make sure breakfast dulu dan bawa bekal makanan especially yang bawak peneman kecil macam saya ni :) Beria2 diorang bangun awal nak pegi skool mommy. haha ingat ade playhouse semua..



Sampai2 je kena register di lobi DATC. Beratur panjang padahal nak kena key-in IC no dan confirm the details sahaja. Kalau tak silap saya ada 3 notebook je ok! Agak terkejut jugala sebab di MAMPU pendaftaran perhimpunan bulanan pun ada 10 notebook.. Memang patut banyakkan lagi notebook untuk pendaftaran. Kata Post Graduate Registration Day, mana tak ramai orang. Cu tengok.


Selesai kat luar, terus masuk dalam dewan untuk submit dokumen yang diperlukan. Ada 6 kaunter semuanya; bendahari, fakulti, pemeriksaan kesihatan, photo booth, smart card collection dan yang last kaunter untuk submit the rest selepas selesai semua aktiviti di kaunter 1-5. Tips kat sini ialah jangan baik sangat nak ikut sequence. Pergi dulu kaunter2 yang kurang orang. Make sure semua salinan dokumen telah disahkan dan disusun dengan betul, barula cepat! Kalau ada dokumen yang belum disahkan, jangan panik! Boleh minta pegawai di kaunter fakulti sahkan yer. Yang paling penting kena banyak bersabar dan bertenang.

Kalau ikut pengalaman saya semalam, yang paling mencabar kat kaunter smart card collection. Punya panjang beratur sebab kononnya selepas ambil gambar boleh collect terus. Saya terus fikir, waaa efisyen! Tapi jangkaan meleset sungguh. Sampai turn saya pun, smart card belum nampak bayang pun lagi.. Malas nak tunggu, saya terus proceed ke kaunter terakhir. Bagi saya memang tak mungkin boleh dapat on the same day kalau macam ni.. Baik saya collect minggu depan di ofis depa. hihi memang boleh jadi nujum pak belalang la saya ni.. Minggu ni saya nak pegi collect kat Menara, Aras 5. Tak tau laa menara apa.. hehe

Habis pendaftaran semua dalam pukul 1.30 jugak. Kesian hubby n anak2 menunggu. Nasib DATC tu aircond kuat, takde la nak meragam budak2 ni. Manusia memang ramai tapi still ade ruang untuk budak2 ni berjoget bagai.. tengok si peneman ni, sabar je die tunggu sampi pukul 1.30 petang. Cayang anak2 mommy n hubby juge :)


Cau cin cau


h@ni leey@

0 comments:

Post a Comment