Thursday, 16 January 2014

Horse Riding @ Taman Ekuestarian Putrajaya

Salam semua,

Lamanye blog ni berabuk. Studentla katakan.. alhamdulillah, at last I managed to say goodbye to the 1st semester. Huhu, still can't imagine those sufferings, back to back episodes of assignments, sleepless nites, back pains and headache.. Hope next sem, Allah give me more courage and strength since it will be tougher with big tummy huhu.. Dear Allah, pls give me the strength! 

Since I just have 2 months for the sem break, perancangan cuti perlu dibuat dengan rapi :) Kena bayar balik pengorbanan the beloved ones.. Berjalan tak semestinya jauh tapi bermakna :) Cuti Maulidur Rasul 2 hari lepas saya terfikir nak bawa budak2 ke tempat yang dekat tapi best.. Warm-up dulu, kasi cukup stamina barulah boleh berjalan jauh2..

Dah lama budak2 ni kata nak tengok kuda, bukan setakat nak tengok tapi nak tunggang kuda. So, saya bawak diorang ke Taman Ekuestarian Putrajaya. Korang mesti pernah dengar kan tapi tak sure di mana. Tempat dia memang ceruk sikit, berdekatan dengan PICC. Ada banyak service yang diorang offer, antaranya riding lesson siap ada package lagi. Other services korang boleh tengok dalam pamplet kat bawah:





Yang anak aku berminat apa lagi; poney ride la. Maira memang berkobar2 nak naik poney. Mula2 kami meronda dulu sekitar stable. Stable dia sangat selesa, besar.. kuda2 tu siap ada kipas tau. kalau panas diorang meragam kot. mehehe. Ni antara gambar yang sempat snap




Registration counter for horse riding

Lepas pusing2 baru daftar untuk horse riding. Nampak tak muka beria beria maira kat gambar atas tu? Tula reg counter dia. Kami sampai dalam pukul 6pm kat kaunter, dah lambat rupanya; kami tak tahu rupanya kalau nak menunggang kuda, last trip is at 6pm. Sebab kuda2 tu perlu makan on time. Kalau lambat makan, kuda2 boleh moody dan takut membahayakan orang ramai. So lain kali kalau nak datang make sure awal sikit yer kawan2.

Apa lagi, Maira terus meraung bila tau tak dapat naik kuda. aisehman... kuat plak tu nangisnyer.. Terus brother tu kata ok boleh pusing-pusing area stable je. Spatutnya gi pusing kat padang. Stable area pun boleh jela.. Dah smpai turn Maira datang kuda dewasa, terus budak tu cuak x nak naik. ketakutan... dia duk terbayangkan poney kecik comey... huhu poney tak de kot haritu. Tapi saya tau dia x nak naik sebab g.a.y.a.t. Saya kena buat something pasal kes gayat ni..Last2 papa naik.. hehe rezeki papa :p



Lepas papa naik horse ada pulak drama swasta kedua.. Ulya pula meraung nak naik horse macam papa. Nasib baek brother2 kat sini baik2.. dia kasi jugakla ulya naik sebab kesian.. haha suka giler budak tu. memang brave girl! Tengok budak ni, sipu2 ok dapat naik.. 





Last gambar snap, tengok muka budak tak puas hati... haha.. Dia kata kena cari tempat yang ada poney.. pulak! macam2 la budak ni. Overall, saya puas hati datang sini. Tempat luas, staff friendly, ada tempat makan dan surau yang selesa. Maybe boleh revisit masa poney sihat boleh entertain org..


Cau Cin Cau

h@ni leey@



Sunday, 10 November 2013

Happy 3rd Bithday Baby Ulya!!

Salam semua..

Alhamdulillah, baby saya Hani Ulyana dah 3 tahun harini.. Smoga anakanda membesar menjadi anak yang solehah dan berjaya di dunia dan akhirat.

Since saya tengah sibuk belajar dan assignment berlambak2, kami tak bercadang nak buat birthday party di rumah. Cukuplah sekadar celebrate kecil-kecilan di taska dan ajak ulya ke Toys R Us untuk pilih hadiah dan makan kat luar. Yang penting si kecil happy :)

Tahun ni ulya nak beli 'baby' katenyer.. haha dah besar anak mommy. Sampai je kat toys r us si kecik tu pun pilih birthday present. Tu dia baby yang ulya berkenan. Pandai dia pilih yang ada beg, senang nak bawak. Tengok, dah sandang beg baby tu. Bijak anak mommy :)



Birthday Girl yang bijak.. good choice!
Lepas tu kami pergi makan. Ulya sangat puas hati dapat hadiah idaman hati :) Umi ju dan umi ji pun bagi hadiah yang ulya suke!


Barbie!!

Yang paling best kakak pun dapat jugak. Birthday sape ntah ni..


Cau Cin Cau

h@ni leey@



Saturday, 12 October 2013

Backyard Monsters and Dinosaurs @ Pusat Maritim Putrajaya

Kesiankan budak2 lama tak keluar sbb mommy nyer sibuk manjang weekend, so weekend ni saya cuba menebus rasa bersalah bawa budak2 keluar. Nak tengok dinosaur katenye.. Actually dinosaur ni dah lama dipamerkan di Pusat Maritim Putrajaya, tapi macam tak cukup promosi sangat. Saya yang dekat ni pun amik masa berbulan tuk sampai sini. Apatah lagi orang yang jauh. Bagi saya dinosaur dia lagi best dari Pusat Sains Negara dulu. Maybe sebab monster lagi banyak.. Tapi masa saya datang tu tak ramai orang pun, tak sure pasal kurang promosi ke apa.. So apa lagi, boleh bawa anak2 ke sini. Pastikan diorang bersedia mental dan fizikal :) Details of the event:

Event: Backyard Monsters and Dinosaurs
Date : 31 Ogos 2013 - 28 Februari 2014
Venue : Marina Putrajaya (Pusat Maritim Putrajaya)

Bagi yang tak tahu di mana Pusat Maritim Putrajaya, ia berdekatan dengan PICC. Sesiapa daripada elite or LDP boleh follow signage PICC.





Saturday, 31 August 2013

Cara Mengatasi Sinki (double sink) Tersumbat

Minggu ni rasa malas betul nak masak. Sinki dapur tersumbat, rimas betul. Nak membasuh tangan pun susah, inikan pula nak membasuh pinggan mangkuk. Kami suami isteri cuba macam2 cara nak 'clear'kan sinki ni. Antaranya:

Pelocok [Sumber]

Drain Auger [Sumber]
Kami ada juga guna air panas, coke, cuka tapi tak menjadi. Suami saya dah terjun masuk dalam lubang untuk jolok paip dengan drain cleaner tapi tak juga berjaya. Agaknya kronik juga masalah paip tersumbat kami ni. 

Biasanya kalau sinki ada perangkap senang je. Tapi sinki kami ni macam ni.



So, kami buat appointment dengan plumber hari Sabtu. Kami tunggu punya tunggu plumber tak juga muncul2..Akhirnya saya tekad, memang kena buat sendiri. Berbekalkan bacaan daripada internet, saya pun memulakan eksperimen. Selepas setengah jam sahaja dah berjaya. Yahooo!!! Alhamdulillah, selamat duit kami... 

So saya nak share tips macam mana caranya nak mengatasi sinki tersumbat terutamanya 'double sink' macam saya.

Bahan-bahannya:
  • Pelocok
  • Air paip
  • Air panas
  • 1 cawan Cuka
  • 1 cawan Baking Soda
Cara-Cara Membuatnya
  1. Yang paling penting, pertama sekali untuk double sink salah satu lubang sinki perlu ditutup. Saya gunakan lesung untuk tutup sinki yang lagi satu. Ni adalah kesilapan terbesar saya sebelum ni, sebab saya memang tak pernah tahu kena lubang sinki yang satu lagi =)
  2. Selepas tu buka paip dan penuhkan separuh sinki yang ingin dilocokkan (betul ke ni?) dengan air. Kalau air tak cukup, sedutan pelocok tidak akan cukup kuat sebab ruang dalam pelocok berisi angin.
  3. Mulakan menggunakan pelocok dengan tekanan yang kuat sehingga ada tanda2 air mula keluar.
  4. Lepas tu, cuba tuangkan baking soda diikuti dengan cuka. Tunggu dalam 10 ke 15 minit. Kaedah ni saya belajar daripada cerita The Pirates, tak sangka pula menjadi..
  5. Kalau air dah clear sikit, tuang air panas yang baru masak ke dalam lubang sinki untuk larutkan kotoran seperti lemak2 ayam, minyak, susu masam di dinding paip. Ni memang saya akui walaupun saya tak pernah buang direct ke dalam lubang sinki (sebab saya tapis), tapi benda2 ni tak sepatutnya dibuang ke dalam lubang sinki. Kotoran2 inilah yang menyempitkan lubang sinki yang menyebabkan sinki tersumbat.
Selamat Mencuba!!

Cau Cin Cau

h@ni leey@

Tuesday, 27 August 2013

Potluck Lemang Amirul dan Rendang Ayam

Esok, cik abang nak kena bawak pot luck ke ofis so dia cadang nak bawak lemang dan rendang. Lemang kitorang beli di Puchong Permai ke Puchong Perdana ntah area tu, lorong bertentangan dengan surau. Klik sini untuk map.

Agak sedap juga lemang ni, namanya Lemang Amirul. tengokla asap berkepul2 tu.. hehe






Rendang pula saya masak je, sedap tak sedap kenala diorang telan jugak. hehe.. Saya budak baru belajar, kalau tak cuba sampai bila pun takkan pandai betul tak? Rendang yang saya buat ni resepi Mak Jai, adik iparku. Kali ni kena buat rendang ayam sebab nak bawa ke ofis, colleagues berbilang bangsa n agama, biar semua boleh makan :)

Meh kita kongsi resepi..


Bahan-bahan
1 ekor ayam
*2-3 keping Bunga Lawang
*2 inci Kulit Kayu Manis
*3-4 kuntum Bunga Cengkih
*1-4 biji Buah Pelaga (optional, ikut rasa) ~ diblend
6 ulas Bawang merah ~ diblend
4 ulas Bawang putih ~ diblend
3 inci halia Halia ~ diblend
2 inci Lengkuas ~ diblend
2 inci Kunyit ~ diblend
4 batang Serai  ~ diblend
1-2 senduk kecil Cili
1 1/2 hingga 2 biji kelapa ~ ambil santannya
2 sudu Kerisik
2 inci Gula melaka
2 helai Daun kunyit
Gula dan garam secukup rasa

Cara Membuatnya

  1. Tumis bahan-bahan tumis (bertanda *)
  2. Masukkan bahan-bahan yang diblend sehingga naik bau
  3. Masukkan cili dan masak sampai garing
  4. Kemudian masukkan ayam diikuti dengan santan
  5. Apabila hampir kering, masukkan kerisik dan gula melaka
  6. Gula melaka boleh ditukar kepada gula putih
  7. Masukkan garam secukup rasa
  8. Akhir sekali masukkan daun kunyit
  9. Siap untuk dihidang

Cau Cin Cau

h@ni leey@

Monday, 26 August 2013

MIRACLE DRINK ... KILLS CANCER CELLS TOO.....MUST READ

Saya just nak share tentang 'miracle drink' yang saya dapat dari facebook kawan. Info ni originally from Facebook Useful Info and Health Tips. Harini barulah saya tau wujudnya beetroot. Tak pernah nampak walaupun saya ni pemakan ubi tegar jugakla. Kat kampung saya macam2 ubi ada. Bagi yang sama macam saya, tak tau apa itu beetroot, kat bawah ni rupa dia. Kalau nak tau lagi detail tentang beetroot boleh rujuk website ni.
  1. Dapur Mak Tam
  2. Health Is Wealth

Gambar ini diambil daripada Mr Google, with thanks :)



MIRACLE DRINK ... KILLS CANCER CELLS TOO.....MUST READ :

This MIRACLE DRINK has been circulating for a long time long
ago.It is worth your while to take note. There is a celebrity Mr. Seto who swears by it. He wants to make it public to draw the
attention of people who have cancers. This is a drink that can protect bad cells forming in your body or it will restrain its growth! Mr. Seto had lung cancer.

He was recommended to take this drink by a famous Herbalist from China. He has taken this drink diligently for 3 months and now his health is restored,and he is ready to take a pleasure trip. Thanks to this drink! It does not hurt for you to try.

It is like a Miracle Drink! It is simple.

You need one beet root, one carrot and one apple that
combine together to make the JUICE! Wash the above, cut with the skin on into pieces and put them into the juicer and
immediately you drink the juice.

You can add some lime or lemon for more refreshing taste.
This Miracle Drink will be effective for the following ailments:

1. Prevent cancer cells to develop.It will restrain cancer cells to grow.
2. Prevent liver, kidney,pancreas disease and it can cure ulcer
as well.
3. Strengthen the lung, prevent heart attack and high blood
pressure.
4. Strengthen the immune system
5. Good for the eyesight, eliminate red and tired eyes or dry eyes
6. Help to eliminate pain from physical training, muscle ache
7. Detoxify, assist bowel movement, eliminate constipation.Therefore it will make skin healthy & LOOK more radiant.It is God sent for acne problem.
8. Improve bad breath due to indigestion, throat infection,
9.pain
10. Assist Hay Fever Sufferer from Hay Fever attack.

There is absolutely no side effect. Highly nutritious and easily
absorbed.Very effective if you need to loose weight.You will notice your immune system will be improved after 2 week routine.

Please make sure to drink immediately from the juicer for
best effect.

PLEASE SHARE TO YOUR FAMILY AND FRIENDS.

Cau Cin Cau

h@ni leey@

Sunday, 25 August 2013

Post Graduate Registration Day @ UiTM Shah Alam

Hari sabtu baru-baru ni saya ade Post Graduate Registration Day di UiTM Shah Alam. Kononnye nak keluar awal sebab 11.30 pagi ada tahlil arwah wan saya kat Gombak.. Post Graduate Registration Day tu bermula jam 9 pagi di Dewan Agong Tuanku Canselor (DATC).

Tapi bila sampai dalam 9.30 pagi tu dah ramai orang. Parking yang dekat semua dah full. Agak jauh jugak kitorang menapak ke DATC. Nasib dah breakfast.. Make sure breakfast dulu dan bawa bekal makanan especially yang bawak peneman kecil macam saya ni :) Beria2 diorang bangun awal nak pegi skool mommy. haha ingat ade playhouse semua..



Sampai2 je kena register di lobi DATC. Beratur panjang padahal nak kena key-in IC no dan confirm the details sahaja. Kalau tak silap saya ada 3 notebook je ok! Agak terkejut jugala sebab di MAMPU pendaftaran perhimpunan bulanan pun ada 10 notebook.. Memang patut banyakkan lagi notebook untuk pendaftaran. Kata Post Graduate Registration Day, mana tak ramai orang. Cu tengok.


Selesai kat luar, terus masuk dalam dewan untuk submit dokumen yang diperlukan. Ada 6 kaunter semuanya; bendahari, fakulti, pemeriksaan kesihatan, photo booth, smart card collection dan yang last kaunter untuk submit the rest selepas selesai semua aktiviti di kaunter 1-5. Tips kat sini ialah jangan baik sangat nak ikut sequence. Pergi dulu kaunter2 yang kurang orang. Make sure semua salinan dokumen telah disahkan dan disusun dengan betul, barula cepat! Kalau ada dokumen yang belum disahkan, jangan panik! Boleh minta pegawai di kaunter fakulti sahkan yer. Yang paling penting kena banyak bersabar dan bertenang.

Kalau ikut pengalaman saya semalam, yang paling mencabar kat kaunter smart card collection. Punya panjang beratur sebab kononnya selepas ambil gambar boleh collect terus. Saya terus fikir, waaa efisyen! Tapi jangkaan meleset sungguh. Sampai turn saya pun, smart card belum nampak bayang pun lagi.. Malas nak tunggu, saya terus proceed ke kaunter terakhir. Bagi saya memang tak mungkin boleh dapat on the same day kalau macam ni.. Baik saya collect minggu depan di ofis depa. hihi memang boleh jadi nujum pak belalang la saya ni.. Minggu ni saya nak pegi collect kat Menara, Aras 5. Tak tau laa menara apa.. hehe

Habis pendaftaran semua dalam pukul 1.30 jugak. Kesian hubby n anak2 menunggu. Nasib DATC tu aircond kuat, takde la nak meragam budak2 ni. Manusia memang ramai tapi still ade ruang untuk budak2 ni berjoget bagai.. tengok si peneman ni, sabar je die tunggu sampi pukul 1.30 petang. Cayang anak2 mommy n hubby juge :)


Cau cin cau


h@ni leey@